keluhan al-baghdadi

sanad. pencari sanad. banyak sanad. tapi sedikit ilmu. salah beramal. makes me wonder, buat apa orang bayar harga yg mahal utk dapatkan sanad, jika ia hanya mendapat sijil dan ijazah, tapi tidak mengambil ilmu apa yg ada yg diperturunkan dlm sanad tersebut. adakah hanya berbangga dgn banyaknya sanad?

al-khatib al-baghdadi rahimahullah dahulu lagi telah mengeluh tentang mereka ini.

dinukil dari (dgn sedikit ubah suai susunan): http://rumahku-indah.blogspot.com/2009/04/normal-0-false-false-false-en-us-x-none_2565.html

Kami juga memperingatkan apa yang telah dikeluhkan oleh Al-Khathib Al-Baghdadi (w. 463 H) –penulis kitab Tarikh Baghdad- sejak ratusan tahun yang lalu dalam kitabnya Al-Kifayah fi Ilmi ar-Riwayah dalam muqadimah hal 3-4 (Cetakan Maktabah Al-Ilmiyah Madinah al-Munawaroh), yaitu tentang para pencari sanad. Mereka yang bersusah payah mengejar sanad dan ijazah (mangkulan) tapi melupakan pemahaman, amal dan penelitian terhadap sanad-sanad itu. Sehingga ijazahnya itu menjadi hujjah atas pemiliknya.

Al-Khathib berkata :

ولما كان ثابت السنن والآثار وصحاح الأحاديث المنقولة والاخبار ملجأ المسلمين في الأحوال ومركز المؤمنين في الأعمال إذ لا قوام للإسلام الا باستعمالها ولا ثبات للايمان الا بانتحالها وجب الاجتهاد في علم أصولها ولزم الحث على ما عاد بعمارة سبيلها وقد استفرغت طائفة من أهل زماننا وسعها في كتب الأحاديث والمثابرة على جمعها من غير أن يسلكوا مسلك المتقدمين وينظروا نظر السلف الماضين في حال الراوي والمروى وتمييز سبيل المرذول والمرضى واستنباط ما في السنن من الاحكام وإثارة المستودع فيها من الفقه بالحلال والحرام بل قنعوا من الحديث باسمه واقتصروا على كتبه في الصحف ورسمه فهم أغمار وحملة أسفار قد تحملوا المشاق الشديدة وسافروا الى البلدان البعيدة وهان عليهم الدأب والكلال واستوطئوا مركب الحل والارتحال وبذلوا الأنفس والاموال وركبوا المخاوف والاهوال شعث الرؤس شحب الألوان خمص البطون نواحل الابدان يقطعون أوقاتهم بالسير في البلاد طلبا لما علا من الإسناد لا يريدون شيئا سواه ولا يبتغون الا إياه يحملون عمن لا تثبت عدالته ويأخذون ممن لا تجوز امانته ويروون عمن لا يعرفون صحة حديثه ولا يتيقن ثبوت مسموعة ويحتجون بمن لا يحسن قراءة صحيفته ولا يقوم بشيء من شرائط الرواية ولا يفرق بين السماع والاجازة ولا يميز بين المسند والمرسل والمقطوع والمتصل ولا يحفظ اسم شيخه الذي حدثه حتى يستثبته من غيره ويكتبون عن الفاسق في فعله المذموم في مذهبه وعن المبتدع في دينه المقطوع على فساد اعتقاده ويرون ذلك جائزا والعمل بروايته واجبا

Terjemahan bebasnya kurang lebih begini:

”… Jika sunnah dan atsar yang telah ditetapkan dan hadits-hadits shahih yang dinukil (dimangkul) telah menjadi pedoman bagi kaum muslimin dalam segala hal, karena semua itulah yang memang menjadi pilar islam serta iman, maka mereka harus berijtihad mengetahui dasar-dasarnya dengan berbagai macam cara. Harus diakui bahwa sekarang ini ada sebagian orang yang mau meluangkan waktu untuk kitab-kitab hadits dan dengan sabar menghimpunnya (membuat himpunan). Tetapi sayangnya mereka tidak mau menempuh cara yang pernah ditempuh oleh orang-orang terdahulu. Mereka tidak mau memperhatikan cara kaum salaf mengetahui perawi maupun riwayat yang diriwayatkannya, membedakan mana perawi yang ditolak dan mana yang diterima, mengeluarkan hukum-hukum yang terdapat dalam sunnah, dan mengetahui mana yang halal dan mana yang haram. Sebaliknya mereka cukup puas dengan hanya mengetahui nama jenis-jenis hadits, dan tekun menulisnya dalam lembaran-lembaran kertas. Mereka itulah kelompok orang-orang bodoh. Mereka melakukan perjalanan ke negeri yang cukup jauh tetapi hanya membawa bekal yang pas-pasan. Dengan susah payah mereka mengorbankan jiwa dan harta pergi ke tempat yang jauh hanya sekedar untuk mencari sanad (untuk mangkul). Hanya itu yang mereka tuju. Tidak ada yang lain. Itu pun mereka hanya berhubungan dengan orang yang tidak punya sifat adil, yang tidak bisa dipercaya, yang tidak tahu hakikat hadits yang shahih, yang membaca mushafnya saja tidak baik, yang tidak paham syarat-syarat riwayat, yang tidak bisa membedakan antara sama’ dan ijazah, mana hadits musnad, mana hadits mursal, mana hadits maqthu, dan mana hadits muttashil, bahkan yang tidak tahu nama guru yang memberikan hadits kepadanya, sampai diberitahu oleh selainnya. Mereka bahkan menulis hadits dari orang yang suka berbuat fasik, yang mengikuti madzhab sesat, yang suka membikin bid’ah dalam urusan agama, dan yang punya i’tikad batil. Celakanya, menurut mereka hal itu diperbolehkan, bahkan menurut mereka menganggap mengamalkan riwayat dari orang seperti itu adalah suatu kewajiban”. [akhir ucapan syaikh].

Ungkapan semisal ini telah datang pula dari Imam Ibn Jauzi dalam kitabnya, Talbis Iblis.

Firman Allah Ta’ala kepada Ahli Kitab:

مَثَلُ الَّذِينَ حُمِّلُوا التَّوْرَاةَ ثُمَّ لَمْ يَحْمِلُوهَا كَمَثَلِ الْحِمَارِ يَحْمِلُ أَسْفَارًا بِئْسَ مَثَلُ الْقَوْمِ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِ اللَّهِ وَاللَّهُ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ

artinya : ”Perumpamaan orang-orang yang dipikulkan kepadanya taurat, kemudian mereka tiada memikulnya (tidak mengamalkannya) adalah seperti keledai yang membawa kitab-kitab yang tebal. Amatlah buruknya perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah itu. Dan Allah tiada memberi petunjuk kepada kaum yang zalim” (Qs. Al-Jumu’ah 5)..

****

ya Allah, ajarkanlah kami apa yg bermanfaat bagi kami, dan manfaatkanlah kami dgn apa yg Engkau ajarkan pada kami


One response to “keluhan al-baghdadi

  • y.mercury

    May 13, Dr MAZA post fatwa berkait:
    sumber: http://drmaza.com/home/?p=1411

    HUKUM MENGAJI TANPA SANAD SENDIRI?
    Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

    SOALAN: Dr MAZA, saya sering didatang oleh pihak tertentu yang menyatakan jika kita belajar hadis atau baca hadis sedang kita tiada sanad sendiri yang bersambung adalah salah. Mereka mengajak saya berguru ustaz dari Indonesia yang katanya banyak sanad. Kata mereka kita hanya boleh mengaji hadis dengan ustaz-ustaz tertentu sahaja ini yang ada sanad. Saya tidak faham masalah ini, habis macam mana hendak ikut Nabi s.a.w kalau kena tunggu sanad?

    Muzairi, Seremban.

    Jawapan Dr MAZA: Saudara, ramai orang terikut-ikut dengan sesuatu dakwaan tanpa mereka cuba memahami sendiri perkara tersebut.. Demikianlah dalam isu sanad ini. Perbahasan ini terlalu luas, saya ringkaskan kepada beberapa perkara berikut;

    1. Apakah itu sanad? Sanad ialah rangkaian periwayatan dari seorang perawi kepada perawi yang lain sehingga sampai kepada matan (teks) yang diriwayat. Matan tersebut boleh jadi hadis, atau perkataan sahabat, atau tabi’in atau selainnya. Tujuan sanad adalah untuk menyelidiki sejauh manakah kesabitan sesuatu riwayat. Adakah perawi yang dusta, atau dipertikaikan atau lemah dari segi hafalan, atau rangkaian riwayat itu terputus yang menandakan para perawi tidak bertemu antara satu sama lain yang kesemuanya itu akan menjejaskan nilai sesuatu riwayat. Ini yang disebut oleh tokoh agung tabi’in, Muhammad ibn Sirin (meninggal 110H):

    “Dahulu ahli hadis tidak bertanya tentang sanad, namun apabila berlaku fitnah (perbalahan dalam kalangan umat Islam) maka ahli hadis pun bertanya: “Sebutkan untuk kami para perawi kamu”. Maka dilihat ahli Sunnah (yang berpegang dengan sunnah) lalu diambil hadis mereka, dilihat pula ahli bid’ah lalu tidak diambil hadis mereka” (Riwayat Muslim).

    2. Sebenarnya, tujuan sanad sudah tertunai dengan terkumpulnya hadis dalam kitab-kitab hadis seperti yang dilakukan al-Bukhari (meninggal 256H), Ahmad bin Hanbal (meninggal 241H), Muslim (meninggal 261H), al-Nasai (meninggal 303H), al-Tirmizi (meninggal 279H), Abu Daud (meninggal 275), Ibn Majah (meninggal 273H), Ibn Hibban (meninggal 354H), Ibn Abi ‘Asim (meninggal 287H) dan lain-lain. Mereka telah memberitahu sanad bagi setiap hadis yang mereka riwayatkan. Maka yang perlu dikaji ialah sanad antara mereka kepada Nabi s.a.w. Adapun antara kita kepada mereka, tidak diperlukan kerana kitab-kitab itu telah pasti yakin dari mereka disebabkan tersebar dengan begitu luas diakui milik mereka secara sepakat.

    Jika ada pihak yang inginkan sanad sekarang ini, mungkin sekadar satu tradisi yang tidak lagi mempunyai tujuan asal sanad iaitu memastikan kesahihan riwayat. Inilah yang disebut oleh al-Imam Ibn al-Solah (meninggal 643H):

    “Sesungguhnya riwayat dengan sanad yang bersambung pada zaman kita ini dan beberapa zaman sebelum ini bukanlah bertujuan untuk membuktikan kesabitan apa yang diriwayatkan. Ini kerana tidak terlepas sanad-sanad tersebut (zaman beliau dan beberapa zaman sebelum itu) dari perawi yang tidak tahu apa dia diriwayatkan, atau tidak dabit (memelihara tulisan dan ingatan) apa yang dia catatkan dengan satu dabit yang layak untuk dipegang kesabitannya…” (Ibn al-Salah, Siyanah Sahih Muslim, 115, Beirut: Dar al-Gharb al-Islami).

    Jika ini yang diucapkan oleh al-Hafizd Ibn al-Salah 800 tahun lepas, bagaimana mungkin ada puak yang menyatakan sesiapa tiada sanad di zaman ini tidak boleh dipegang pengajian hadisnya? Ibn al-Salah pada zaman itu telah memaklum bahawa sanad sudah hilang fungsi asalnya disebabkan perawi yang tidak lagi boleh dipegang. Maka memadailah dengan sanad yang ada dalam kitab-kitab hadis.

    3. Maka hendaklah kita fahami, tujuan sanad bukan untuk bermegah-megah tetapi untuk mengkaji latar belakang perawi yang terbabit. Ini kerana para pengumpul tidak hidup pada zaman Nabi s.a.w, sebaliknya hanya bergantung kepada perantara iaitu para rawi. Bukan semestinya yang menjadi rawi mendapat pengiktirafan, sebaliknya ramai perawi yang wujud nama mereka dalam sanad dipertikai dan tohmah disebabkan tidak berkelayakan dalam periwayatan lalu hadis mereka dianggap daif atau mungkin juga palsu. Nabi s.a.w bersabda:

    “Pada akhir zaman akan ada para dajjal lagi pendusta. Mereka membawa kepada kamu hadis-hadis yang tidak pernah kamu dan bapa-bapa kamu mendengarnya. Kamu hendaklah berhati-hati dengan mereka agar mereka tidak menyesatkan kamu dan memfitnah kamu (menipu kamu sehingga yang batil disangkakan benar)”. (Riwayat Muslim).

    Maka, sanad menjadi banteng dari pembohongan atas nama Nabi s.a.w.

    4. Para dengan itu asas kepada pengkajian sanad itu seperti yang disebut oleh al-Syeikh Mahmud al-Tahhan:

    “Sesungguhnya dalam pengkajian sanad, pada asas ianya berpegang kepada ilmu al-Jarh wa al-Ta’dil dan sejarah para perawi”.( Mahmud al-Tahhan, Usul al-Takhrij wa Dirasah al-Asanid, m/s 140).

    Inilah dua asas penting dalam mengkaji kepada sanad. Sesiapa yang ingin memperkatakan tentang sanad, dia hendaklah memahami dua aspek ini dengan baik.

    5. Al-Jarh wa al-Ta’dil terdiri daripada dua perkataan Al-Jarh dan al-Ta’dil. Al-Jarh ialah sifat-sifat rawi yang menyebabkan ditolak hadisnya dan tidak diterima riwayatnya. Sementara al-Ta’dil bermaksud, sifat-sifat rawi yang menyebabkan diterima riwayatnya dan dijadikan hujah hadisnya. Dalam ilmu hadis, ada kitab-kitab khas mengenai latar belakang para perawi atau dikenali dengan Kutub al-Rijal seperti Mizan al-‘Itidal, Taqrib al-Tahzib dan banyak lagi. Termuat dalam kitab-kitab tersebut latar sejarah perawi dan juga komentar para penganalisa hadis mengenai diri mereka. Setiap rawi akan dinilai apakah dia kuat atau lemah dalam riwayat, atau mungkin juga seorang pendusta.

    Dalam kitab-kitab ini juga akan dibongkar kejahatan para pendusta yang memasuk dan mencipta hadis-hadis palsu. Para ulama hadis telah mengembelingkan usaha yang begitu hebat dalam meneliti dan menilai peribadi-peribadi para periwayat. Sanad adalah pengesan utama dalam mengenali hadis-hadis yang datang daripada para pendusta. Apakah nama guru-guru melayu atau Indonesia atau tarekat itu ada dalam senarai tersebut sehingga boleh dibuat kajian mengenai mereka?

    6. Aspek kedua yang dikaji dalam sanad ialah sejarah para periwayat atau dikenali dengan Tarikh al-Ruwah iaitu ilmu mengenai sejarah para rawi. Dalam ilmu ini akan dibahaskan mengenai latarbelakang setiap perawi; tarikh lahir, tarikh kematiannya, guru-guru yang dia ambil hadis mereka, tarikh pengambilan hadis daripada guru-guru berkenaan, pelajar yang mengambil hadis daripadanya, negeri dia tinggal, pengembaraannya dalam mengambil hadis, tarikh dia sampai ke negeri-negeri yang diambil hadis daripada tokoh-tokohnya, tarikh pengambilan hadis daripada sesetengah tokoh sebelum tokoh-tokoh tersebut ikhtilat (berlaku kekeliruan) dalam periwayatan dan berbagai lagi.

    Ilmu ini sangat penting untuk mengetahui sejauh manakah benar dakwaan seseorang rawi bahawa dia benar-benar mengambil hadis daripada rawi sebelumnya. Dengan ilmu ini dapat dilihat sejauh manakah berlakunya kesinambungan sanad, atau ittisal al-Sanad. Setelah sejauh mana pula ia kukuh. Sanad yang tidak bersambung menafikan kesabitan sesebuah hadis, maka hadis dianggap tidak sabit untuk disandarkan kepada Nabi s.a.w. Ini kerana syarat bagi hadis yang thabit (authentic) ialah bersambung sanad. Apakah hal ini boleh dilaksanakan ke atas yang ingin bermegah-megah dengan sanad di zaman ini.

    7. Kesimpulannya, sanad di zaman ini sudah tiada nilai asal sanad iaitu mengkaji ketulenan riwayat. Ini kerana, para ulama yang mengumpul hadis seperti Ahmad bin Hanbal, al-Bukhari, Muslim, Abu Daud dan lain-lain telah pun menyatakan sanad antara Nabi s.a.w dan mereka. Kitab-kitab mereka telah tersebar dan tiada pertikaian yang menafikan kitab-kitab tersebut daripada mereka. Maka, sanad antara mereka dan kita sudah tidak diperlukan lagi.

    Jika ada yang memiliki sanad pun selepas zaman mereka sekadar suatu kenangan tentang tradisi pengajian hadis pada zaman dahulu. Saya sendiri memiliki banyak sanad yang bersambungan antara saya sehingga kepada para pengumpul hadis seperti al-Bukhari, Muslim, Ahmad, Abu Daud dan lain-lain. Namun, apalah erti semua itu, kerana jika ditimbang para perawi selepas itu termasuklah saya, tentulah tidak mencapai tuntutan yang sepatutnya. Jika mencapai pun, tiada faedahnya kerana kitab-kitab tersebut memang telah diyakini penulis. Cumanya yang mesti dikaji adalah sanad-sanad antara mereka dan Nabi s.a.w, atau rawi terakhir terutama para sahabat dan tabi’in.

Leave a comment